Khamis, 31 Disember 2009

Masa Terbaik Membeli Emas

Assalamualaikum & Salam Keemasan

Hari ni saya nak paparkan beberapa graf tentang turun naik harga emas. Graf di bawah adalah berdasarkan USD/oz. 1 oz bersamaan 31.1034768 gram. Public Gold menjual jongkong dan dinar dalam kiraan gram dan kilogram, manakala Kijang Emas Maybank menjual gold coin dengan kiraan oz.
Sebelum tu, saya nak paparkan satu graf yang amat memberi kesan kepada pelabur dan bakal pelabur emas. Lihat di bawah.

Graf ini menunjukkan peningkatan harga emas dari Januari 09 sehingga Disember 09. Dalam setahun sahaja, emas mampu memberikan kenaikan sehingga 37%. Sesapa yang beli pada Januari 09 dan menjual pada Disember 09, maka nikmatilah kuasa emas tu.

Catatan tertinggi sepanjang 30 hari dan sepanjang 20 tahun bermula 1973 adalah USD 1217.40. Setelah mencapai ketinggian tersebut, maka mulalah nak menurun. Untuk pengetahuan anda, nilai USD adalah berlawanan dengan nilai emas. Sekiranya harga emas naik, ini menandakan nilai USD akan menurun dan sebaliknya. Khabar yang saya dapat, penurunan harga emas ni sebab US berjaya menaikkan nilai dolar mereka dengan berbagai cara dan program. Usaha ini dilakukan agar semua umat manusia di dunia ni tidak dapat mengatakan bahawa nilai USD semakin melemah atau nilai USD tak dapat melawan nilai emas.

Menurut tok guru emas saya, penurunan ini dipanggil correction price. Maksudnya sebelum dia nak naik lagi, perlu ada correction price. Bagi agen dan penggila emas, waktu correction price adalah waktu yang sangat berharga dan bernilai untuk topup aset emas.

Graf di atas adalah bacaan dalam 6 bulan. Pada bulan Mei, sudah ada khabar angin yang cukup digembar-gemburkan samada di blog atau di forum tentang kenaikan tertinggi emas boleh mencecah sehingga USD 1200 pada hujung tahun. Pada waktu ini saya baru mengenali emas melalui blog jutawanemas.com. Ketika mula membaca khabar angin ini, pada saya, ia adalah propaganda internet sahaja. Namun, khabar angin ini rupanya didasarkan pada analisa yang mendalam dan jitu dan akhirnya khabar angin ini menjadi khabar gembira untuk mereka yang yakin pada analisa ini.

Graf di atas adalah bacaan dalam 1 tahun.

Graf di atas adalah bacaan dalam 2 tahun.

Graf di atas adalah bacaan dalam 10 tahun.

So kepada sesiapa yang sudah membeli dan menyimpan emas, jangan takut dan jangan bimbang, turun naik emas adalah perkara biasa, yang pasti dia akan naik semula dan memberi keuntungan lumayan kepada semua...

Dan kepada yang masih belum memilik dan menyimpan emas, jangan tunggu lagi call kami WNS atau ejen2 kami untuk mendapatkan stok emas Public Gold…. kami sedia membantu anda…

sekian, wassalam

copy from simpanemaspublicgold.com

Selasa, 29 Disember 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah (1431) & Tahun Baru Masihi (2010)

Assalamualaikum...

Kami di WNS mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah (1431) & Tahun Baru Masihi (2010) kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada peminat-peminat emas…

Sudah tentu anda semua mempunyai azam dan tekat baru apabila menjelang tahun baru. Jika azam tahun 2009 masih belum tertunai maka selesaikan lah segera. Kepada yang sudah mencapai hasrat yang diinginkan, kami ucapkan tahniah dan semoga tahun 2010 nanti anda dapat melaksanakan azam baru yang lebih positif lagi untuk dunia dan akhirat anda…

Seperti anda, kami di WNS berazam dan bertekad untuk mencapai :

1. Melipat gandakan usaha memberi pendidikan dan kefahaman serta kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kebaikan simpan emas berbanding wang fiat (wang kertas)…

2. Meluaskan lagi rangkaian perniagaan kami ke seluruh pelusuk Malaysia dengan melantik seramai mungkin ejen-ejen kami….

3. Memperbagaikankaedah dan cara bisnes emas…

4. Memperjuangkan pengunaan mata wang Islam – Dinar dan Dirham sebagai matawang sejagat…

5. Menerajui perniagaan emas mengikut syariat Islam…

6. Menetapkan sasaran jualan kami sebanyak 10****** dalam masa satu tahun… insyaAllah…

Kami di WNS mengharapkan agar segala cita-cita dan azam kita dipermudahkan oleh Allah SWT dengan bimbingan hidayah daripadaNya…amin ya rabbal alamin…

Sekian, selamat maju jaya….

Harga emas Public Gold melalui perkhidmatan SMS



Semak Harga emas dan dinar Public Gold melalui perkhidmatan SMS.

Dengan gembiranya, Public Gold mengumumkan bahawa pihak syarikat kami telah berjaya memperkenalkan satu lagi perkhidmatan yang pertama di Malaysia iaitu mendapatkan informasi terkini bagi harga emas dan harga dinar Public Gold melalui SMS. Pelangan-pelangan dan partner Public Gold dialu-alukan supaya menggunakan perkhidmatan yang terbaru ini.

Banyak keistimewaan perkhidmatan terbaru yang pihak syarikat perkenalkan ini.

1. Untuk pelangan dan partner yang sentiasa bergerak (susah nak access internet).

2. Harga emas antarabangsa masa kini banyak berubah-ubah, dengan perkhidmatan ini pelangan-pelangan boleh mendapat infomasi harga dengan pantas dan lebih senang untuk membuat keputusan jual - beli emas / dinar untuk stok mereka.

3. Untuk ejen-ejen, mereka boleh "on the spot" tentukan harga untuk pelangan mereka masing-masing semasa membuat "closing". Jimatkan masa and tidak biar peluang keemasan tercicih.

Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan SMS ini?

1. Bagi mendapatkan harga Public Gold dengan perkhidmatan SMS ini,

taip public gold dan hantar ke 32828. Anda akan mendapat harga emas Public Gold yang terkini dalam masa beberapa saat sahaja.

2. Bagi mendapatkan harga Public Dinar melalui SMS

taip public dinar dan hantar ke 32828.

Dengan perkhidmatan sms ini, segalanya menjadi lebih senang dan cepat. Anda boleh mendapat harga Public Gold yang terkini pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda berada. Setiap SMS akan dikenakan caj RM0.30.

Semoga kita semua Berjaya.

Posted by publicgold

Rabu, 23 Disember 2009

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In'



Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).
Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

Hukum ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

copy from zaharuddin.net

Isnin, 21 Disember 2009

Catatan sempena genap 1 bulan WNS Munawwar beroperasi.



Assalamualaikum, Saya sebenarnya dah lama ikuti perkembangan emas ini semenjak bulan September lalu melalui Jutawanemas dan banyak blog2 yang lain tapi hati ini bimbang untuk mencubanya, sehinggalah seminggu sebelum Hari Raya Puasa iaitu pada 13 September `09 yang lepas saya nekad memberanikan diri untuk membeli gold bar 100g yang beharga RM12,058. Saya tawakkal pada Allah SWT saja, kalau jadi (alhamdulillah) dan jika sebaliknya (Nauzubillah), inilah emas yang pertama dan terakhir saya beli, itu kata hati saya.

Sebulan lebih selepas Hari Raya Puasa ada seorang hamba Allah yang menghubungi saya bertanyakan tentang emas Public Gold 100g yang saya beli tempohari adakah saya bersedia untuk jual? Saya kata kalau nak beli saya sedia untuk jual, tapi berapa harganya? tanya saya kepada sahabat tadi, cepat dia menjawab harga hari ini lah ustaz, saya tanya lagi, berapa harga hari ni? terus dia menjawab lancar RM14,002 . Saya terkejut dengan jawapannya, maknanya emas yang saya beli dengan harga RM12,058 sebulan yang lalu dah naik kepada RM14,002 sekarang, bermakna saya untung RM1,944 hanya dalam masa sebulan lebih.

Bermula dari saat itulah saya terus yakin dengan bisness ini lalu tanpa lengah saya bersama rakan saya terus ambil keputusan untuk jadi Dealer Public Gold dengan modal RM32,000.00 sahaja. Pada 12 November 2009 WNS Munawwar dengan rasminya didaftar sebagai dealer Public Gold melalui Master Dealer Khairul.

Sebaik mendapat bekalan emas itu (1 Dinar x 4 keping, 20gram X 6 keping & 50gram x 2 keping) seminggu kemudian kami terus buat promosi melalui blog ini dan pamplet yang dicetak oleh sahabat kami di Penang ( sbb dia offer harga yg jauh lebih murah berbanding mana2 printing lain, terimakasih pada designer Ahmad Syukri dari Maahad Darul Quran, Rusila yg design pamplet ini dgn menarik sekali )

Kami diberitahu oleh Master Dealer Khairul yang dealer perlu mainten RM20k sebulan untuk layak dapat komisyen 1.5%, saya secara jujurnya berdebar sebab fikir macamana kami mampu untuk buat sales RM20k dalam masa sebulan, tapi alang alang dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang alang mandi biar basah, kami mula buat target. Terus terang target kami hanyalah buat jualan RM52k untuk bulan pertama ini,( pada saya itu dah cukup besar dan belum tentu boleh capai), RM70k untuk bulan kedua dan meningkat sedikit untuk bulan berikutnya.

Sebaik kami mula mempromosi kepada kawan2, kami mula merasa excited dan yakin yang kami mampu insyaAllah untuk menjangkaui target kami apabila melihat sambutan hangat dari kawan2 dan sahabat handai. Pernah apabila stok order kami untuk kali ke 3 tak sampai, kami terus ke Penang ambil sendiri kat Bukit Jambul, bukan apa, tengah semangat lah katakan ditambah dengan nak jaga custumer takut lari he he he. Sehingga sekarang, dalam masa sebulan ini dah 2 kali kami pergi ke Penang untuk ambil stok.
Sekarang alhamdulillah setelah genap sebulan, WNS telah berjaya membuat jualan sebanyak RM306,312.00 . Sehubungan dengan itu, pihak Public Fine Gold terus melantik WNS Munawwar sebagai MASTER DEALER berkuat kuasa 1 Disember 2009. Kami telah mendapat confirmation petang tadi dari pejabat Public Gold. Syukur pada Allah SWT yang maha berkuasa.

Kini kami yakin insyaAllah bisness emas ini sangat baik dan boleh pergi lebih jauh lagi. Kami di WNS Munawwar berpegang dengan Moto kami iaitu PENIAGA YANG AMANAH LAGI BENAR, kami menjalankan operasi perniagaan kami berlandaskan kaedah Syariah Islamiyyah 100%. Mudah-mudahan ALLah SWT meluaskan rezqi kami dan memberkatinya amiiin.

Kepada rakan rakan di luar sana, yakinlah bahawa hanya dengan kembali kepada matawang islam yang bersandarkan kepada emas dan perak sahaja yang boleh membebaskan kita dari cengkaman ekonomi kapitalis tajaan Yahudi dan Nasrani.

Hingga kini kami telah berjaya melantik seorang dealer dari Bandar Pusat Jengka, Pahang iaitu Ust. Shahril Azman, dan ada dua tiga orang lagi yang sedang menunggu untuk mendaftar sebagai dealer pada bila bila masa. Jika rakan rakan berhajat untuk bersama rangkaian WNS Munawwar sila hubungi kami di talian 0199894125 @ 0199879332.

Jumpa lagi dalam posting yang akan datang, saya akan menerangkan konsep bisnes kami yang sungguh mudah tapi praktikal. wassalam...

Sabtu, 19 Disember 2009

Seminar Pelaburan Emas Bermula Lagi



Sukacita kami ingin maklumkan bahawa Seminar Pelaburan Emas anjuran Public Gold akan diadakan seperti berikut :

Day Date Time Town Venue
Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel

Details of Venue:
Park Avenue Hotel
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

Pearl View Hotel
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

Ming Star Hotel
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666


J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

Pihak PG menjemput tuan2/puan2 untuk menghadiri seminar ini....

Kalau berminat bolehlah menghubunggi kami atau sms nama dan no kad pengenalan untuk mengesahkan kehadiran anda = 0199894125 (Wan) / 0199879332 (Soud)

Sekian, terima kasih...

WNS Master Dealer Public Gold



alhamdulillah... kami dengan rendah diri ingin memaklumkan bahawa bermula bulan ini (Disember 2009) kami telah dilantik oleh Syarikat Public Fine Gold International Sdn. Bhd. sebagai Master Dealer. Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan2/puan2 diatas sokongan yang diberikan selama ini.. Walaupun baru sebulan (November 2009) kami menjadi Dealer PG, berkat bantuan & sokongan tuan2/puan2 kami dilantik sebagai Master Dealer... Kami sekali lagi benar2 mengharapkan sokongan padu dari tuan2/puan2 akan berterusan.... jazakumullah khairal jazaa'...

Sehubungan dengan itu, kami ingin mempelawa kepada tuan2/puan2 yang berhajat ingin menjadi Dealer Public Gold, bolehlah menghubunggi kami di 0199894125 (Wan) / 0199879332 (Soud) dengan segera.. Kami sedia membantu untuk mengurus urusan tersebut...

sekian, wassalam.

Selasa, 15 Disember 2009

Spread Emas (Beza Harga Jual & Harga Beli)



Assalamualaikum & Salam Keemasan dari saya….

Sekarang kita dapat memilih untuk memiliki 3 jenis kategori emas, iaitu samada barang kemas, jongkong atau dinar. 3 kategori emas ini berasal dari bahan yang sama iaitu emas. Tapi apa yang membezakannya?

Spread.
Apa itu spread? Spread adalah beza antara harga beli (we sell) dan harga jual (we buy).

Setiap kategori emas ada 2 harga yang berbeza iaitu harga we sell dan harga we buy. Harga we sell lebih tinggi dari we buy. Kenapa? sebab setiap emas yang dijual dianggap used gold. Kalau kita nak beli emas, kita akan rujuk harga we sell. Kalau kita dah tak nak emas tu, kita akan jual dengan harga we buy.

Barang kemas.
Spread barang kemas antara 10% hingga 30% dari harga we sell. Kalau kita nak trade in, spreadnya adalah 20%. Kalau kita nak jual tanpa trade in, spread 30%. Kalau kita nak beli used gold yang dijual semula, spreadnya 10%. Persen yang saya berikan bukanlah fix, tetapi kebanyakan kedai emas menggunakan standard spread ni.

Jongkong dan dinar.
Memandangkan banyak syarikat emas telah mengeluarkan jongkong dan dinar, maka spread mereka juga berbeza.

Public Gold: 5% hingga 6%.

Public Dinar: 5% hingga 6%

Dinarkelantan: 8% hingga 11%

UOB: 2% hingga 35%. UOB mengeluarkan pelbagai jenis bentuk emas. Semakin banyak gramnya, semakin nipis spreadnya.

Kijang Emas: 6% hingga 9.5%. Ketika admin jutawanemas menulis post tentang kijang emas, spreadnya terlalu nipis iaitu hanya sekitar 3.1% hingga 6.7%.

Kesimpulannya, untuk melakukan pelaburan emas, anda perlu memilih spread yang paling nipis kerana ketika anda ingin menjual semula, anda perlu menjual dengan harga we buy.

copy from simpanemaspublic..

Jumaat, 11 Disember 2009

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita tak lama lagi akan melangkah ke tahun baru.

Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..

Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?

Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. He he he he… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?

Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya

Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?

Ringgit Malaysia – wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat! Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya. Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:

Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan. Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:

Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan, anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi. Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:

Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda. Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %, maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:

Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul. Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah. Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga. Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir :

“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh. Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus. Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik. Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat. Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas. Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting.. SIMPAN EMAS… SIMPAN EMAS… SIMPAN EMAS

copy from jutawanemas.com

Khamis, 10 Disember 2009

Teknik Pemurataan Kos / Modal



Kepada peminat dan pengemar emas, apabila emas turun macam semalam, turun sampai USD1120.00 x 1oz… maka inilah masa terbaik untuk kita membeli emas. Ini bukan bermakna waktu2 lain tidak sesuai… Kepada yang Baru belajar-belajar nak beli emas, maka inilah waktu yang sesuai untuk berbuat demikian…

Bagi yang telah membeli sebelum daripada ini dengan harga agak mahal, maka apabila emas turun, dia juga perlu membeli lagi untuk mengimbanggi modal yang dibeli dengan harga mahal.. Kaedah ini dinamakan teknik “PEMURATAAN KOS / MODAL”

Dengan konsep pemurataan kos ini, anda boleh tersenyum walaupun sebelum daripada ini anda membeli emas dengan harga yang agak tinggi.. Konsepnya anda perlu membeli pada tiap2 bulan bedasarkan kemampuan anda. Kemudian dikira modal keseluruhan pembelian anda dan dibahagikan kepada berapa bulan kah anda membeli..

Sebagai contoh : Bulan 1 RM2450, bulan 2 RM 2300, bulan 3 RM2200, bulan 4 RM2100, bulan 5 RM1950, bulan 6 RM1850 = jumlah keseluruhan = RM12,850 bahagi 6 bulan = RM2141.66, maka inilah modal setiap satu jokong yang anda beli selama 6 bulan…

So, tidak perlu bimbang!!!!!

sekian, terima kasih...

selamat mencuba moga maju jaya

Rabu, 9 Disember 2009

Wang Kertas Sudah Tiada Nilai



Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada
air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam” ai Lagi..mungkin 5 tahun lagi..

copy from emaskini.com

Selasa, 8 Disember 2009

Selamat Menyertai Rakan Emas Public Gold




Tahniah WNS ucapkan kepada Ustaz Shahril Azman Abdul Halim wakil kami di Bandar Pusat Jengka kerena semalam (7/12/2009) berjaya menjadi dealer Public Gold di Bandar Pusat Jengka dengan kos berbayar RM39,874.00…. So kepada semua peminat2 emas PG disekitar Bandar Pusat Jengka dan kawasan2 yang berhampiran dengannya bolehlah menghubungi beliau 24 jam di talian 019-9300486…. Tahniah & moga maju jaya & dirahmati Allah SWT selalu…. PENIAGA YANG AMANAH LAGI BENAR…

Ahad, 6 Disember 2009

Bagaimana Kos Tunai Haji & Umrah Turun???



Adakah anda ingin mengerjakan haji atau umrah dengan kos yang lebih murah???

Mari kita sama-sama memahami apa yang dimaksudkan dengan kos menurun...

InsyaAllah.... kos menunaikan haji dan umrah akan menurun hanya dengan beberapa dinar sahaja...

Bagaimana turun? Bukankah telah diumumkan bahawa kenaikan kos haji naik RM 1000 lagi hingga RM 9990.00?

Alhamdulillah tidak salah. Sekali lagi, apabila kita memandangnya dengan jumlah RM yang harus disediakan untuk berhaji maka tajuk diatas itu salah. Akan tetapi jika kita memandangnya dengan suatu alat perbandingan yang adil maka Biaya Penyelenggaraan Ibadah Haji ( BPIH )dari tahun ke tahun semakin menurun. Apakah alat perbandingan yang adil itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah emas. Emas diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla sebagai alat untuk menyimpan kekayaan, alat tukar dan juga alat pengukur nilai.

Pada tahun 2002, tercatat bahawa kos Haji yang ditetapkan setara dengan 63 dinar. Dan tahun ini meskipun mengalami kenaikan yang cukup signifikan, kos haji yang ditetapkan hanya kurang dari separuhnya. Dengan 21 dinar anda sudah boleh berangkat naik haji tahun ini.



Gambarajah disebelah menunjukkan jumlah dinar yang diperlukan untuk naik haji dan perbandingannya dengan kos haji dalam RM.

Dari gambarajah tersebut, terlihat kos haji dalam bentuk Dinar Emas , semakin menurun. Bahkan penurunannya cukup tajam. Dengan trend seperti itu, bukanlah hal yang mustahil beberapa tahun mendatang kita dapat berangkat naik haji hanya dengan 10 dinar. Amiin…

copy from dirham2dinar.com

Sabtu, 5 Disember 2009

BOLEH KE BELI EMAS SEKARANG???



Apa khabar tuan2/puan2, moga2 sihat selalu...

Mungkin ada yang terkejut dengan kejatuhan harga emas selepas harga memuncak naik, bagi pembeli inilah masa yang di tunggu-tunggukan..

Minggu ini menyaksikan penurunan harga emas terbesar berlaku, ada yang tertanya-tanya, boleh ke beli emas sekarang??? Kalau beli sekarang, emas jatuh mesti rugi banyak… Ada pula rakan2 kita mula bertanya, boleh jatuh lagi teruk ke??

Bagi menjawab persoalan diatas, agak susah.sebab minda kita selalu berfikir berapa banyak keuntungan kita akan dapat, kita tidak pernah membayangkan kejatuhan… Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan kenapa kita perlu melabur dalam emas??

Setiap pelaburan ada risiko, mana-mana pelaburan mesti ada pasang surutnya. Tidak semestinya kita akan untung dalam masa singkat. Tapi yang pasti dalam jangka masa panjang pelaburan emas tidak pernah menyecewakan pelaburnya….Insyaalah harga emas akan naik semula..

KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI
TEPUK DADA TANYA SELERA

Insyaallah anda tidak akan rugi… anda juga tidak akan menyesal kemudian hari nanti..

Jangan mengambil tindakan tunggu dan lihat. Sebaliknya , kalau ada duit terus beli dan simpan emas. Bagi saya tiada istilah harga emas turun sebab kita tidak tahu bila dia akan turun dan begitu pula bila dia akan naik. Beli dan simpan emas sebagai penyelamat ketika susah.

copy from langkahemas

Khamis, 3 Disember 2009

Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz



Written by syukor on 2 December 2009 – 2:46 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini sihat dan ceria seperti biasa, cuma terlalu sibuk dengan seminar, training dan kerja.
Tapi Alhamdulillah saya dapat luangkan masa untuk menulis artikel ini dan berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.

Penting nie.. panduan apa yang patut dibuat bila harga emas meningkat dengan banyak. Beli atau tak beli?

Tapi sebelum itu, mari kita lihat prestasi harga emas sekitar tahun 2009. Berapa banyak harga emas dah naik?

Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak 37%

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz

Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie...

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.
Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal. So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?
Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.... hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kenapa harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?
Baiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market. Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia. Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.

Bagi saya buku ini adalah diantara buku yang terbaik mengenai pelaburan emas.
Memang sangat informatif. Bagi sesiapa yang betul-betul berminat mengenai pelaburan emas, buku ini patut dimiliki. Anda boleh beli buku ini kat www.amazon.com

Di dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik(perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.
2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.
3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas
4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

Ok then, selamat membuat pelaburan emas

copy from jutawanemas.com

Elok Melabur Dalam Bentuk Emas



Kenyataan DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu di dalam blognya:

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu.

Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Arkib Utusan Malaysia / 14-11-2009

Selasa, 1 Disember 2009

Simpan Emas Untuk Tunaikan Haji di Mekah



Salam sahabat emas…Beberapa hari yang lepas , seorang pembeli emas dari Kemaman , Terengganu menyatakan beliau ingin mencadangkan kepada ibubapa beliau supaya membeli emas sebagai simpanan untuk menunaikan haji di Mekah.Bila difikir , dikaji dan direnung memang betul dan bijak tindakan beliau.Walaupun beliau masih muda , namun pemikiran jauh ke depan.

Andai kata anda mempunyai duit kertas dengan nilai RM20,000.00 dalam simpanan.Adakah nilai RM20,000.00 akan bertukar menjadi RM40,000.00 , tentu tidak kan.Tapi kalau anda mempunyai emas fizikal dengan nilai RM20,000.00.Adakah nilai emas fizikal yang anda miliki akan menjadi RM40,000 , jawapannya YA kerana purata kenaikkan emas dalam masa setahun adalah 27%.

So jika anda simpan emas fizikal dengan nilai tahun ini . anda tidak perlu bimbang walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat kerana kenaikkan harga emas yang anda miliki boleh mengatasi kenaikkan harga kos menunaikan haji di Mekah.

sekian, jumpa lagi

copy from emaskini