Rabu, 25 November 2009

Simpan Emas Lebih Menguntungkan


Assala,ualaikum wrt wbt….

Apa khabar tuan2/puan2?

Melihat kepada perkembang kenaikan harga emas kebelakang ini amat menguntungkan, maka kami mencadangkan agar sesiapa yang mempunyai wang simpanan supaya membeli emas sebagai simpanan berbanding duit kerana ia lebih menguntungkan dan berbaloi….

Sebagai contoh pengakuan sahabat saya bahawa beliau memiliki duit simpanan dalam bank pada 1 Oktober 2009 sebanyak RM33,663.10 dan pada akhir bulan 31 Oktober 2009 duitnya berbaki RM33,670.25, bermakna keuntunganya sebanyak RM7.15 sahaja dalam tempoh sebulan…

Dalam tempoh yang sama kalau dia menyimpan emas, sebagai contoh Kijang Emas, dengan jumlah duit yang ada itu dia dapat membeli 35 keping Kijang Emas bersaiz 1/4oz… Pada 1 oktober 2009 harga Kijang Emas bersaiz 1/4oz ialah RM940 x 35 keping RM32,900 dan pada 30 oktober 2009 Kejang Emas tersebut berharga RM962 x 35 keping RM33,670, beliau akan mendapat keuntungan sebanyak RM770.00 dalam masa satu bulan sahaja. Bayangkan kalau berbulan-bulan sudah barang tentu berlipat kali ganda lagi keuntunganya...

Maka memang tepat sekali tindakan Kerajaan China menasihatkan rakyatnya supaya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas…

Ayoh tunggu apa lagi, kita harus bermula dari hari ini untuk masa depan yang lebih menguntungkan……..

Sekian, jumpa lagi…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan