Khamis, 19 November 2009

Selamatkan Nilai Harta Anda !!!!!


Fakta kenaikan harga emas tanpa INFLASI ...
Purata 11%
Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008%
naik 2.80% 9.50% 17.7% 10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.

1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35 dulu mahal lagi.

2) Bernilai kerana ia logam.Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja.
Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.

3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik.
Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,wang ringgit terus tidak bernilai.

4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan.
Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..

7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.

9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.
Rujuk http://www.kitco.com/Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.

10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..

copy from : www.pokli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan