Sabtu, 21 November 2009

Dalam Apa Jua Situasi Ekonomi dan Politik, Menyimpan Emas Menguntungkan Anda.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat.

Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya.

Kehidupan rakyat Zimbabwe.

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan – anda akan mati kebuluran. Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.

So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!

Jika berminat membeli emas Public Gold & Public Dinar, anda boleh dapatkannya melalui kami WNS Munawwar Enterprise…..

copy from Jutawanemas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan