Khamis, 26 November 2009

Faham dulu baru bertindak



Assalamualaikum wrt wbt…

Apa macam, sihat ke? moga2 sihat selalu dan dirahmati Allah SWT…

Ramai sahabat yang tertanya2 dan rasa musykil, apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan dan simpanan emas tu….???

Untuk makluman sahabat2, kami tidak menjalankan PELABURAN SAHAM EMAS… kami tidak mengambil duit sahabat2 untuk dilaburkan dalam mane2 syarikat emas ataupun lain2 syarikat… sebaliknya kami menjalankan urusniaga jual dan beli jokong dan dinar emas…

Nak mudah faham, cara pembelian = sahabat2 beri duit kepada kami, dalam waktu dan tempat yang sama kami beri emas jokong atau dinar kepada sahabat2.. ini dinamakan konsep COD lah, dalam bahasa arab “Yadan bi Yadin”.. kami tidak akan mengambil duit sahabat2 selagi barang tiada di tangan kami dan diserahkan pada sahabat2….

Yang dimaksudkan dengan pelaburan = setelah sahabat2 beli dari kami jokong atau dinar, sahabat2 boleh pegang dan simpan sendiri emas tu. Dekat mane nak simpan tu, terserah pada sahabat2, nak simpang di rumah bawah bantal bawah tilam pun boleh atau simpan dalam bank tapi kene bayar sewa box lah sama macam dekat pajak gadai ar-Rahnu juga kene bayar upah simpan…. Sahabat2 boleh simpan selama mane yang mahu, lagi lama simpan lagi banyak untungnya kerana harga emas sentiasa naik, kadang2 turun sedikit naik balik…. Selepas 1 atau 2 bulan sahabat2 boleh bandingkan harga semasa beli dulu dengan harga semasa, insyaallah untung besar lah….itu lah yang dinamakan pelaburan.. Duit tak hilang dan emas pun tak hilang…. Kalau nak jual boleh jual pada kami semula dan kami akan beli balik dengan harga semasa (Harga Buying)…

Pelaburan emas / perniagaan emas bukan skim cepat kaya. Sahabat2 tidak akan kaya jika beli emas hari ini dan esok jual. Pelaburan emas / perniagaan emas adalah satu proses yang agak panjang. Tidak ada jalan singkat untuk berjaya atau kaya atau jadi jutawan. Anda harus berusaha dan bersabar. Tapi yang pasti daripada kita simpan duit tunai dalam bank yang keuntunganya tak seberapa, lebih baik simpan emas….

Jangan mengambil tindakan tunggu dan lihat. Sebaliknya , kalau ada duit terus beli dan simpan emas. Bagi saya tiada istilah harga emas turun sebab kita tidak tahu bila dia akan turun dan begitu pula bila dia akan naik. Beli dan simpan emas sebagai penyelamat ketika susah.

SELAMAT HARI RAYA HAJI!!! MOGA2 DIBERKATI ALLAH SWT SELALU…

sekian, jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan