Isnin, 8 Februari 2010

DI MANA NEGARA ISLAM ???


Tiada satu pun negara Islam tersenarai antara "top ten" negara pemegang emas dunia. Agak mengecewakan. Tatkala beberapa individu dan intelektual Islam bertungkus lumus mempromosikan emas sebagai matawang untuk perdagangan, negara-negara di blok barat bertungkus lumus pula di dalam pengumpulan emas.

US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka.

Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi istilah "Melayu memang mudah lupa" dipertontonkan apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini! .

Sehubungan dengan itu, rerakan sekalian bertindaklah untuk diri kita serta keluarga kita untuk mula memiliki emas sebagai aset. Mulalah sikit - sikit, lama - lama jadi bukit. Belilah sebagai permulaan 1 dinar, 20g dsb. ikut kemampuan sekurang - kurangnya rerakan telah berubah untuk menyimpan emas sebagai aset selain wang kertas.

Lihatlah senarai di atas bahawa orang bukan Islam mengkaji maksud ayat di dalam al - Quran tentang harta benda adalah emas dan perak, bukan wang kertas. Ya.... memang betul wang kertas perlu untuk keperluan masa kini, tetapi adakah kita terfikir tentang maksud ayat al - Quran ada aset yang berharga selain wang kertas, andai tiba satu masa dunia mengalami ekonomi yang teruk, berperang dan sebagainya. Kita jangan jadi terlalu selesa dengan keadaan sekarang, kerana terlalu selesa membuatkan kita tidak membuat persediaan andai berlaku sesuatu musibah dan bencana.

copy from akubudakjolobu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan